About Me

Resepi RAHSIA Donut Super Gebu Bak Kapas Dan Tak Berminyak, Mudah Je Nak Buat


Senangnya je rupanya nak buat donut yang gebu, liat dan tak berminyak macam ni.

Yang baru kali pertama cuba pun pasti menjadi. Tu pun kalau tak derhaka resepi.
Kalau derhaka memang tak menjadi lah jawabnya. 

Jadi kalau nak dapatkan donut yang macam ni, boleh ikut resepi dekat bawah ini.

BAHAN-BAHAN:

1¹/² sudu besar yis kering
3 sudu besar susu pekat
1/3 sudu kecil garam halus
3/4 cawan air suam
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak masak

CARA PENYEDIAAN:

1. Campurkan air suam (panas sikit je tau, untuk aktifkan yis) + susu + garam + yis dan kacau sebati.

2. Biarkan yis mengembang sekejap dalam 5-10minit. Sementara tu dalam bekas lain, campurkan tepung gandum + marjerin + minyak. Gaul rata sebati.

3. Setelah yis mengembang, masukkan ke dalam adunan tepung dan mula menguli.

4. Uli hingga tak lekat di tangan dan rupa doh kelihatan licin. ( bermakna doh kita sudah digaul sebati dengan jayanya. Di sinilah kunci rahsia untuk donut kita kelihatan mulus dan flawless dan cantik )

5. Kunci rahsia untuk membuat donut yg KEMBANG SETAMAN & SUPER LEMBUT adalah dengan menguli doh tersebut SELEMBUT YG MUNGKIN ( tapi jangan lah lembut sampai hancur bila dipegang pulak )

6. Apabila dah setel menguli, rehatkan sekejap doh dalam 15-20 minit bagi dia kembang sikit.

7. Setelah kembang, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bolehlah mula membentukkan donut kita. Terpulang lah nak buat donut ke bomboloni ke burger malaysia ke pau ke cakoi ke. Semuanya dari doh yg sama. Senangkan?

Tips: Goreng dengan api perlahan dan jangan kerap terbalik kan donut tau, nanti donut serap minyak banyak

Ingat tips ini:

> uli doh selembut yg mungkin untuk dapatkan donut yg gebu bak kapas

>uli doh bagi kelihatan licin sekata untuk dapatkan donut yg cantik

>praktiskan tips2 ini dah cukup untuk hasilkan donut yg terbaek..tak perlu pun pakai tepung roti atau apa2 serbuk improver..

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Mohd Kholil Musa Via MAHN

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!