About Me

Resepi Laksa Utara


Resepi Laksa Utara yang asli, sangat terkenal di negeri Kedah dan Perlis, dengan perahan limau nipas dan cili padi pasti terangkat. 

Pastikan ikan yang segar digunakan untuk kuah laksa ini bagi menjamin rasa yang memuaskan. 

Juga pastikan kuah tidak terlalu cair atau terlalu pekat dan bahan ulaman segar digunakan untuk taburan di atas Laksa ini.

 Di utara, juadah ini adalah paling popular pada setiap kali rumah terbuka Hari Raya.

Masa Penyediaan: 35 minit
Masa Memasak: 40 minit
Jumlah Hidangan: 5 orang makan

Bahan-Bahan:
1 bungkus laksa beras
1 kg ikan kembung
1 sudu besar belacan
2 kuntum bunga kantan. dibelah 4
1 ikat daun kesum
4 keping asam keping
gula dan garam, secukup rasa
Bahan untuk kisar halus:
10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus
50g ikan bilis, rendam seketika
2 biji bawang besar
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
Bahan untuk hiasan:
5 biji telur, direbus
2 biji bawang besar, hiris nipis
1 batang timun, hiris nipis
Limau nipis, di potong
1 ikat daun selom
cili padi, hiris nipis

Cara-cara:

1. Rendam laksa kering dan kemudia rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan.

2. Rebus ikan yang telah dibersihkan bersama 1 asam keping dan sedikit bawang merah. Setelah masak, asingkan isi ikan dan air rebusan. Kisar halus. Kemudian kisar baki tulang ikan bersama sedikit air dan tapis airnya. Masukkan di dalam periuk dan rebus bersama bahan kisar halus selama lebih kurang 20 minit.

3. Masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping, belacan, garam dan gula secukup rasa. Rebus lagi sehingga rasa bahan benar-benar sebati.

4. Hidangkan laska bersama kuah dan bahan hiasan.

Tips:

Pastikan ikan kembung adalah segar untuk mendapat kuah laksa yang benar-benar enak.

Kredit - resepichenom.com

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!