About Me

Remaja perempuan maut selepas terperangkap dalam lif rosak


SEORANG remaja perempuan maut selepas terperangkap dalam lif rosak di sebuah pangsapuri di China.

Menurut laporan portal berita The Paper pada Rabu, lif berkenaan terhenti di tingkat satu pangsapuri berkenaan dan tiba-tiba melonjak lalu terhempas di tingkat 30, tingkat paling atas.

Menurut polis, kejadian berlaku di Zhanjiang pada jam 7.40 malam Ahad lepas.

Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sebuah hospital berdekatan.
Polis tidak mendedahkan identiti atau umur mangsa dan hanya memberitahu dia bakal menduduki peperiksaan awam minggu depan.

Sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian yang dikatakan berkait dengan sistem brek lif berkenaan.

- Awani

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!