About Me

Polis Kedah tambah SJR, anggota


Alor Setar: Polis Kedah menambah sekatan jalan raya (SJR) terutama di kawasan bersempadan dengan Perlis, Perak dan Pulau Pinang berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berkuat kuasa hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari berkata, bilangan anggota dan Pasukan Pemantau Covid-19 juga ditambah bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurutnya, setakat ini terdapat 43 SJR dengan kekuatan 670 anggota di seluruh negeri, selain seramai 729 anggota dalam 230 Pasukan Pemantau Covid-19.

"Kita akan mempertingkatkan penguat kuasaan termasuk di rumah ibadat kerana sebelum ini kita dapat maklumat ada yang sanggup tutup lampu dan kita akan pantau," katanya.

Mohd Roze berkata, sebelum ini pihaknya hanya mengetatkan kawalan sempadan di Perak dan Pulau Pinang disebabkan Perlis berstatus hijau.

Menurutnya, Perlis kini menunjukkan peningkatan kes menyebabkan pihaknya terpaksa meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di SJR.

"Ia bukan mahu menyusahkan rakyat, namun demi keselamatan semua pihak supaya tidak berlaku penularan jangkitan Covid-19.

"Malah, pergerakan anggota juga dilakukan ke tahap maksimum supaya tidak leka dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang melanggar SOP," katanya.

- Metro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!