About Me

Polis juga manusia mcm kita...


Tengah2 elok niaga ptg td, datang 1 kereta peronda. 2 abang polis turun. Cuak abis. Ingat mcm ada buat salah. Gitulah bila jumpa polis. Perasaan salah tetap ada walau tak buat salah.

Aku tegur dulu. "Tuan, ok ker kami niaga sini". Dia cakap ok. Jaga SOP. Waktu tu pun mmg takdalah crowded. Buku log, thermo suhu, pita sop semua g dah ready. So lega sikit dlm hati.

Sorg abg polis bukak tepon dia. Aku ingt nak amik gambar dan bagi surat saman. Rupanya dia VC anak dia. Nak beli mainan unicorn yang gerak2 tu. Anak perempuan kecik lg. 2 org. Adik, nak 2 unicorn tapi nak kaler asing2. Tak nak bagi anak berebut. Aku pun bagi unicorn warna purple dan pink. Nampak happy anak dia bila ayah siap video call nak bagi mainan. Dalam hati aku cakap, walau pun abg polis ni nampak garang siap misai bertaring, tapi dengan anak bini lembut berhemah. Tersentuh aku dengar anak dia menjerit happy..

Sorg lagi dtg mintak dron dgn lego. Sambil aku pasangkan dron, aku tanya untuk anak ker..dia cakap ya. Anak dok kelantan. Dia bertugas di sini. Dah 4 tahun. PJJ. Sambil2 pasang aku sembang dengan dia. Aku cakap takut juga abg polis dtg. Ingt nak saman.hehe.

Dia cakap kalau tak salah kenapa nak saman.(haha aku dlm hati..kena aku). Dia kata polis bukan suka2 nak saman. Banyak juga budi bicara. Dalam bertugas, kena timbang antara penguatkuasaan dan budi bicara. Ada yg bagi peringatan. Klu degil jugak kenalah saman. 

Tengok abg2 polis ni, sayu jgk hati. Dia cakap Sibuk2 kerja pun, kena ingt jugak anak bini. Dah lama x bawak isteri kuar makan dgn anak. Cuti pun dah lama beku sebab bertugas MCO. Jadi alang2 lalu beli sikit mainan untuk anak. Tak banyak masa dengan famili. Jadi ruang yang ada manfaatkan sebaik mungkin..

Semoga abang2 polis dan frontliner kita tabah bertugas untuk negara. Jangan suka salahkan orang lain. Jgn kutuk tapi bantu. Jangan keji tapi sama2 baiki. Kita org awam sama2 bantu mereka perangi covid dan kita boleh kembali hidup mcm dulu. Rindu tau suasana sebelum 2019. 

Sekian monolog hari ni.

Kredit fb - HARGA RAPAT

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!