About Me

PKP: Sewa bilik untuk berparti, enam dikompaun RM4,000 seorang


SUNGAI PETANI: Empat lelaki dan dua wanita masing-masing dikompaun RM4,000 selepas ditahan dalam serbuan polis di sebuah bilik di Jalan Persiaran Cinta Sayang, di sini, pada jam 1.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata, hasil pemeriksaan menemui empat lelaki dan dua wanita itu dalam keadaan berkumpul dan minum minuman keras selain menghisap dadah.

“Kesemua mereka yang berusia antara 17 dan 33 tahun, ditahan dalam Op Cantas / Op COVID, ketika itu sedang berhibur.

"Pemeriksaan menemui satu paket plastik lutsinar yang di dalamnya mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin, yang anggaran beratnya 0.8 gram," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Adzli berkata, siasatan juga mendapati, tiga lelaki terbabit yang bekerja sebagai pemandu lori mempunyai empat rekod jenayah terdahulu.

Sementara seorang lagi lelaki bekerja sebagai pencuci kereta.

Dua wanita yang dikompaun pula, berusia 17 dan 21 tahun, bekerja sebagai pembantu kedai makan.

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati, seorang daripada mereka iaitu lelaki berusia 29 tahun, didapati positif dadah jenis ketamin," tambah Adzli.

Katanya, kesemua mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Perkara 9 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) Langkah-Langkah Di Kawasan Tempatan Jangkitan (LLDKTJ) 2021.

Mereka turut disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Lelaki yang positif dadah itu direman untuk siasatan lanjut kerana memiliki dadah.

Ketika ini, seluruh negara berada di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 berkuat kuasa 12 Mei hingga 7 Jun bagi membendung penularan COVID-19 yang semakin meningkat.

Sehubungan itu, prosedur operasi standard (SOP) diperketat, termasuk larangan rentas negeri dan daerah serta sekatan bagi aktiviti sosial, sukan dan rekreasi serta persidangan dan mesyuarat secara bersemuka.

- Awani

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!