About Me

Penyewa bakar rumah ekoran diarah keluar oleh pemilik


JOHOR BAHRU: Seorang penyewa yang diarahkan keluar oleh pemilik rumah sewanya selewat-lewatnya hari ini bertindak agresif apabila membakar kediaman itu di Jalan Maju 3, Taman Pelangi, tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I, Mohd. Suhaimi Abdul Jamal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran tersebut pada pukul 12.10 tengah malam.

Katanya, seramai 23 anggota beserta lima buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan itu.

“Difahamkan, kebakaran berpunca apabila penyewa rumah, iaitu seorang lelaki berusia 60-an bertindak membakar rumah berkenaan pada hari terakhir dia mendiami rumah itu setelah pemilik rumah memintanya mengosongkan kediaman itu.

“Saksi yang merupakan jiran memaklumkan kepada bomba suspek membakar rumah itu bermula dari ruang tamu sebelum melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kebakaran itu memusnahkan 80 peratus daripada rumah berkenaan, selain turut merebak ke rumah bersebelahan yang terbakar kira-kira 10 peratus.

Tambah beliau, bomba menamatkan operasi pada pukul 1.44 pagi sebelum kembali ke balai, namun menerima panggilan memaklumkan suspek cuba membakar rumah berkenaan sekali lagi.

“Anggota kemudian bergegas ke lokasi semula sebelum menemukan suspek yang bertindak menghalang bomba untuk memadamkan kebakaran.

“Ekoran itu, bomba terpaksa menahan suspek sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Mohd. Suhaimi turut memberitahu, kebakaran itu tidak melibatkan mana-mana mangsa dan suspek tinggal seorang diri, manakala anak dan isterinya berada di Singapura.

“Suspek juga dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental,” katanya.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan mengesahkan penahanan suspek dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan. 

– UTUSAN ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!