About Me

Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang


PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal maut selepas dihempap sebatang pokok yang tumbang di Jalan Rawang menghala ke ibu negara di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.44 malam itu, mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 24 tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, sebatang pokok telah tumbang secara melintang ketika hujan lebat.

“Seramai sembilan anggota termasuk seorang komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bersama sebuah jentera telah ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Pokok tersebut telah menghempap seorang penunggang motosikal dan menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 – K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!