About Me

Pengorbananmu tiada tolok bandingnya, wahai 'frontliners'


KUALA LUMPUR: Pengorbanan mereka yang bergelar 'frontliners' tiada tolok bandingnya.

Berhempas-pulas membanting tenaga dan kudrat yang ada untuk menyelamatkan nyawa pesakit COVID-19, mereka umpama lilin yang membakar diri.

Dalam pautan terbaharu di Facebook peribadi beliau, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggambarkan jerih perih doktor dan jururawat yang bertugas tanpa henti untuk melandaikan lengkuk pandemik COVID-19.

Kapsyen Dr Noor Hisham di akaun Facebook itu pada Jumaat, cukup ringkas namun sarat dengan mesej tersirat: "These pictures paint a thousand words (gambar-gambar ini menggambarkan seribu perkataan)".

Antara foto yang dikongsi menunjukkan seorang petugas perubatan bermandi peluh, yang lain terbaring gara-gara kelesuan sehingga tidak berkesempatan menanggalkan pelitup muka dan pakaian pelindung diri (PPE).


Dalam satu imej perkongsian Dr Noor Hisham, seorang pekerja perubatan kelihatan tersandar di dinding masih berpakaian PPE akibat kepenatan yang keterlaluan.

Gambaran yang diberi Dr Noor Hisham itu adalah realiti yang sedang berlaku di negara ini, bukan sandiwara.

Perjuangan kita masih jauh. Negara masih bertarung untuk mencapai imuniti berkelompok sebelum penghujung tahun ini.

Apa yang mengecewakan ialah keengganan sebahagian masyarakat untuk menerima suntikan vaksin COVID-19, namun kini halangan baharu pula timbul apabila ramai yang tidak hadir janji temu masing-masing.

- Awani 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!