About Me

Pemandu e-hailing maut terjun dari Jambatan Pulau Pinang


SEBERANG PERAI – Seorang pemandu e-hailing ditemui mati selepas terjatuh ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 3.4 arah pulau dekat sini, hari ini.

Mangsa, lelaki berusia 56 tahun dipercayai terjun ke dalam laut selepas meninggalkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dalam keadaan enjin dimatikan kira-kira pukul 12.40 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pengurusan jambatan itu yang memaklumkan terdapat sebuah kenderaan ditinggalkan di tepi jambatan.

“Siasatan mendapati kenderaan yang dipandu mangsa yang bekerja sebagai pemandu e-hailing itu milik anak saudaranya.

“Usaha mencari dan menyelamat dilakukan oleh pasukan polis marin, bomba dan Maritim Malaysia dengan kekuatan empat bot sebelum mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 4 petang,” katanya.

Beliau berkata, mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini bagi urusan bedah siasat. 

▶️ KOSMO! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!