About Me

Mufti Perak Tan Sri Harussani meninggal dunia


IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, 82, yang sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini selepas disahkan positif COVID-19, meninggal dunia hari ini.

Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) dalam satu kiriman di Facebook memaklumkan Allahyarham meninggal dunia jam 3 petang tadi di HRPB.

Perkara itu turut disahkan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim ketika dihubungi melalui WhatsApp. Menerusi mesej itu, beliau turut menyertakan gambar tertera ucapan takziah atas pemergian Allahyarham.

Laporan sebelum itu menyebut Harussani dan isterinya, Puan Seri Ainon Abdul Ghani mendapatkan rawatan di HRPB berikutan jangkitan COVID-19.

Namun, isteri Allahyaham sudah beransur pulih dan dibenarkan keluar hospital pada 21 Mei lalu.

Jenazah Allahyarham kini masih berada di hospital dan difahamkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat di sini.

Allahyarham dilahirkan di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar dan meninggalkan isteri serta empat orang anak.

Allahyarham dilantik menjadi Mufti Perak sejak 1985 dan pernah mendapat anugerah Tokoh Maal Hijrah 2008 selain Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Islam yang membawa gelaran Doktor pada 2010.

- BeritaHarian

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!