About Me

Misteri bau busuk terungkai, mayat lelaki tergantung di ruang tamu



ALOR GAJAH: Misteri bau busuk yang datang dari sebuah rumah di Taman Pengkalan Indah di sini terungkai apabila mayat seorang lelaki ditemukan tergantung di kipas ruang tamu kediaman itu, semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, mayat lelaki berusia 45 tahun itu ditemukan selepas bapa saudara mangsa yang tinggal bersebelahan membuat laporan polis mengenai bau busuk tersebut pada pukul 10.04 pagi.
“Sepasukan anggota telah ke lokasi dan meminta bantuan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah untuk memecahkan pintu rumah tersebut yang berkunci.

“Mayat mangsa kemudian ditemui tergantung di kipas dengan keadaan leher terjerut pada kabel elektrik di ruang tamu rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bapa saudara mangsa mendakwa kali melihat mangsa adalah pada Ahad lalu. 

“Menurut bapa saudaranya, mangsa tinggal sendirian dirumah tersebut, manakala kedua-dua ibu bapanya telah meninggal dunia. 

“Berdasarkan keadaan fizikal mangsa, kita percaya dia telah meninggal dunia lebih daripada dua hari,” ujarnya.

Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat. 
Jelasnya, motif kejadian masih dalam siasatan, namun setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

▶️ UTUSAN

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!