About Me

Mayat lelaki ditemukan tergantung


Kuala Kubu Bharu: Lelaki ditemukan mati dalam keadaan tergantung di hadapan Pusat Khidmat Masyarakat JP Daerah Hulu Selangor dekat Batang Kali, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima maklumat awam berhubung kejadian pada 7.30 pagi.

"Pemeriksaan dilakukan oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Hulu Yam Bharu di lokasi kejadian mengesahkan kematian lelaki berusia 41 tahun berkenaan.

"Semakan mendapati lelaki terbabit mempunyai masing-masing dua rekod jenayah termasuk kes dadah," katanya dalam kenyataan, di sini.
Arsad berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Mayat lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut dan bedah siasat akan dijalankan selepas keputusan saringan Covid-19 diperolehi.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil menyalurkan maklumat kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya.

▶️Harian Metro

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!