About Me

Mayat lelaki ditemui tergantung di ruang tamu


ALOR GAJAH – Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Taman Pengkalan Indah, di sini terungkai apabila mayat seorang lelaki ditemui tergantung di kipas ruang tamu kediaman itu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mayat lelaki berusia 45 tahun itu ditemui selepas bapa saudara mangsa yang tinggal bersebelahan membuat laporan polis mengenai bau busuk tersebut pada pukul 10.04 pagi tadi.

“Sepasukan anggota telah ke lokasi untuk membuat pemeriksaan, namun mendapati pintu rumah tersebut berkunci dan telah meminta bantuan pihak bomba bagi operasi memecahkan pintu rumah berkenaan.

“Sebaik sahaja berjaya masuk, mayat mangsa ditemui tergantung di kipas di bahagian ruang tamu dalam keadaan lehernya terjerut pada kabel elektrik,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bapa saudaranya mendakwa kali terakhir dia melihat mangsa adalah pada Ahad lalu.

“Menurut bapa saudaranya, mangsa tinggal sendirian dirumah tersebut, manakala kedua-dua ibu bapanya juga telah meninggal dunia.

“Berdasarkan keadaan fizikal mangsa, kita percaya dia telah meninggal dunia lebih daripada dua hari,” katanya.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.

Jelasnya, motif kejadian masih sedang disiasat, namun setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

- K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!