About Me

Lelaki ditahan rogol dan cabul wanita OKU


BEAUFORT: Polis menahan seorang lelaki di Kampung Banting Meraba, Beaufort kelmarin, selepas disyaki merogol seorang wanita yang juga orang kurang upaya (OKU).

Suspek berusia 56 tahun itu ditahan selepas mangsa berusia 24 tahun mendedahkan kejadian itu kepada ibunya yang kemudian membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, hasil siasatan awal, mangsa memberitahu kejadian berlaku sekurang-kurangnya lima kali sebelum ini dan terbaru didakwa pada 17 Mei lalu.

Katanya, suspek turut didakwa memberi amaran akan memarahi mangsa sekiranya mendedahkan kejadian itu kepada sesiapa saja.

"Menurut keterangan, mangsa memberitahu suspek juga pernah mencabulnya beberapa kali sebelum ini.

"Mangsa akan dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) untuk membantu siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.

Yusoff Zaki berkata, mangsa adalah seorang OKU yang mengalami masalah pertuturan dan sukar menerangkan kejadian yang berlaku terhadapnya.

Katanya, suspek berjaya ditahan Rabu lalu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

- Awani 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!