About Me

Langgar SOP: Siti Nurhaliza dan suami dikompaun RM10,000


SHAH ALAM: Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) sewaktu menjalankan majlis tahnik anaknya pada Mei lalu.

Kompaun RM10,000 itu turut dikenakan terhadap suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, antara individu lain yang turut dikenakan kompaun sama termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal.

Bagi kesemua individu berkenaan, kompaun RM2,000 dikenakan bagi setiap seorang.

Mengulas mengenai tuntutan tugas melibatkan pendakwah bebas, Arjunaidi berkata majlis seumpama itu bukan satu perkara yang wajib untuk diadakan dan boleh dilakukan pihak lain.

"Ustaz Azhar Idrus rentas kawasan manakala Ustaz Don Daniyal tiada penjarakan sosial.

"Kalau begitu, semua ustaz bebas bergerak ke mana sahaja.

"Jika mereka tidak hadir, ada orang lain boleh lakukan dan acara itu bukan wajib diadakan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.

Arjunaidi turut memberitahu, selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi turut berdepan tindakan yang sama.

Sebelum ini, polis telah memanggil penganjur majlis tahnik anak penyanyi terkenal itu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pelanggaran SOP ketika melaksanakan majlis berkenaan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

- Awani

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!