About Me

Jangkitan Covid-19 kalangan kanak-kanak, bayi membimbangkan - Ismail Sabri

Kuala Lumpur: Kes jangkitan virus Covid-19 dalam kalangan bayi dan kanak-kanak kini amat membimbangkan dan menjadi antara golongan yang berisiko dijangkiti virus Covid-19 selepas warga emas.


Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu perlu menjadi peringatan kepada semua supaya terus bertanggungjawab melindungi golongan itu daripada dijangkiti.

"Data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan sehingga hari ini, seramai 48,261 orang kanak-kanak dan bayi telah dijangkiti Covid-19 dengan 6,290 adalah bayi berumur 18 bulan ke bawah.

Justeru ibu bapa perlulah mengawasi anak-anak seperti mengelakkan mereka bermain di luar rumah, memakai pelitup muka serta kerap menggunakan cecair pembasmi kuman," katanya dalam kenyataan harian berkenaan perkembangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Beliau berkata orang dewasa bertanggungjawab melindungi kanak-kanak dan bayi daripada dijangkiti virus itu.

Menurutnya selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, orang dewasa juga perlu melakukan 'self lockdown' atau sekatan pergerakan kendiri bagi mengelak diri, anak-anak dan keluarga tersayang terkena jangkitan.

- Metro

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!