About Me

ISMAEL SABRI TIDAK TAHU KASINO DI GENTING BEROPERASI

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob menegaskan, tindakan pengurusan Genting yang terus membiarkan kasino beroperasi adalah di luar pengetahuan beliau.

Memetik laporan berita portal The Vibes, Ahli Parlimen Bera itu berkata, beliau telah mengeluarkan arahan penutupan serta-merta ke atas kasino tersebut pada Jumaat lepas (21 Mei).

Bagaimanapun, portal itu melapor lanjut, tiada penjelasan diberikan oleh Ismail Sabri bagaimana keadaan operasi kasino berkenaan sebelum ini atau tempoh masa yang diberikan untuk penutupan itu.

“Saya tak tahu kasino itu beroperasi sebelum ini. Saya telah mengarahkan penutupan pada Jumaat lepas,” katanya kepada The Vibes lagi.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri pada November tahun lepas berkata, pelaksanaan gelembung perjalanan adalah untuk membantu memulihkan ekonomi dan membolehkan rakyat bergerak ke lokasi lain untuk melancong.

Begitupun, ia hanya melibatkan lokasi dalam Malaysia dan tidak melibatkan perjalanan ke luar negara.

Pada 9 Mac lepas, kerajaan mengumumkan gelembung pelancongan bersasar di bawah konsep yang sama, namun hanya melibatkan negeri-negeri berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sahaja.

Sementara pada 22 April lepas, media melaporkan sekumpulan 28 pelancong dari Alor Setar, Kedah telah pergi melancong ke Genting Highlands melalui konsep gelembung perjalanan domestik atau ‘travel bubble’ untuk sektor pelancongan.

Bagaimanapun, dua hari selepas itu, sebahagian pelancong daripada kumpulan terbabit mula mengalami simptom COVID-19 dan 16 daripada mereka disahkan dijangkiti virus itu pada 7 Mei lepas.

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!