About Me

Hari ini terbukti apa yang Tun Mahathir buat itu betul !

Saya masih ingat, masa Tun Dr Mahathir jadi Perdana Menteri, dia nak buat satu ikatan dengan negara-negara Islam. Dia kata OIC dah tak boleh harap. Setakat "Oh... I see" dia kata. 

Jadi, Tun Dr Mahathir buat KL Summit. Satu conference yang melibatkan negara negara Islam. Tun kata "Tak ramai tak apa asalkan berkualiti".

Ye, memang tak ramai. 3 sahaja ketua pemimpin dunia datang. Turki, Iran, Qatar. Negara lain hantar orang no.2 atau wakil je. Sebab Tun M jemput semua dah. 

Bukan sahaja negara Arab marahkan Tun Mahathir, malah rakyat sendiri memperlekehkan usaha Tun adr Mahathir ini. Macam macam mereka kata, "Atok dah tak laku" "Mahathir dah tak laku kat dunia Islam" "KL Summit syok sendiri". Saya ingat semua ini sebab saya salah seorang yang terlibat dalam KL Summit.

Sampai ada negara Arab warning kita jangan buat KL Summit, tapi Tun M tak peduli. Sampai mereka kata Mahathir dah kurang ajar. Ramai tarik diri last minit sebab banyak negara-negara ni bergantung kat negara Arab yang kaya yang 'ugut' jangan join KL Summit ni.

Sebab apa? Tun M tak nak negara-negara Arab ni berkawan dengan Israel tapi tak, mereka degil. Tun M nak negara-negara Islam ni bersatu. 

Hari ini terbukti apa yang Tun Mahathir buat itu betul. Tun Mahathir dah foresee apa yang akan berlaku. Apabila berlaku krisis kemanusian dekat Palestin, negara-negara Arab ini membisu.

Akhirnya, Tun Mahathir terpaksa guna hubungan kawan baik (dari KL Summit seperti Turki, Qatar)- bukan antara negara dan negara untuk berbincang macam mana selesaikan isu Palestin.

Selepas mengkritik negara-negara Islam dan Arab yang membisu, di penghujung ucapan beliau menyeru untuk negara Islam Arab ni sekali lagi. Tolong lah bersatu untuk selamatkan negara Palestin dan ada satu jalan tengah. Malah ajak negara-negara lain walaupun bukan negara Islam. 

Semalam, duta-duta negara-negara Islam yang berada di Malaysia bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan Tun Dr Mahathir mengenai isu Palestin-Israel ini.

Semua ini Tun Mahathir bukan sebab nak nama, dia tak kisah namanya tak dikenang. Tapi kita, sebagai rakyat harus berbangga. Sekurangnya, nama Malaysia ada sebagai salah satu negara yang memperjuangkan nasib orang Islam. Dari dulu pergi negara Arab, Malaysia akan dikaitkan dengan Mahathir.

By Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!