About Me

Dua lelaki dikompaun RM5,000 guna laluan bendang rentas daerah


Alor Setar: Tindakan dua lelaki menggunakan laluan tikus di kawasan sawah padi untuk merentas daerah tanpa surat kebenaran dari Pendang ke daerah ini mengundang padah apabila dikompaun RM5,000 setiap seorang, hari ini.

Kesalahan itu dikesan pasukan pemantau Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar diketuai Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir pada 12 tengah hari tadi.

Ahmad Shukri berkata, pihaknya bersama pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) melakukan pemeriksaan mengejut di kawasan itu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kota Setar.

"Hasil pemantauan mendapati beberapa kenderaan cuba menyusup masuk ke daerah Kota Setar dari Pendang menggunakan laluan bendang (sawah padi) yang dijadikan sebagai laluan tikus.

"Kita menahan dua lelaki berusia 26 dan 49 tahun dan mereka dikompaun masing-masing RM5,000 selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen rentas daerah yang sah daripada pihak polis," katanya.

Katanya, pihaknya akan meneruskan penguatkuasaan lebih ketat di daerah ini bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan.

"Saya menyeru semua masyarakat supaya akur dengan pelaksanaan PKPD di daerah Kota Setar untuk kebaikan semua," katanya.

Katanya, pihaknya turut mengeluarkan kompaun RM25,000 kepada sebuah premis kecantikan di bandar raya ini kerana beroperasi ketika tempoh PKPD, semalam.

"Premis terbabit bukan di bawah senarai perniagaan/perkhidmatan perlu seperti yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.

- HarianMetro

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!