About Me

Denda Tidak Lebih RM1,000 Jika Haiwan Peliharaan Berak Di Rumah Jiran


Apa yang perlu korang buat jika haiwan peliharaan jiran seperti kucing atau anjing berak dan kencing merata di kawasan rumah korang?

Menerusi perkongsian seorang peguan bernama Nor Zabetha di laman YouTubenya, menceritakan apa yang boleh dilakukan oleh seseorang jika haiwan jiran bertindak sedemikian rupa.

Jelas Puan Zabetha, isu haiwan peliharaan jiran boleh diselesaikan dengan cara yang baik jika seseorang itu tahu cara yang betul membuat laporan mengikut saluran yang tepat.

Kalau korang baca di bawah Akta-Akta Kecil 1955, ada menyatakan berkenaan tanggungjawab pemilik anjing. Dalam akta tersebut pemilik tidak boleh membiarkan anjing berkeliaran sehingga menyebabkan kecederaan kepada orang awam.

Manakala mengikut Seksyen 80, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai hak untuk mengambil tindakan dengan beberapa cara iaitu menghapuskan, menghentikan serta mengambil tindakan undang-undang serta ganti rugi.

Menerusi penjelasan tersebut, seseorang itu berhak membuat laporan kepada pihak PBT jika haiwan yang dibela jiran boleh mengganggu ketenteraman mereka.

Kacau ganggu Seksyen 81 (B) apa-apa binatang yang dipelihara atau sesuatu cara sehingga menyebabkan kacau ganggu. Jika perkara ini berlaku, anda boleh membuat laporan kepada pihak PBT dan jika mahu membuat laporan polis cover letter juga dinasihatkan untuk disertakan sekali.

Susulan laporan yang telah dibuat, pihak PBT akan mengeluarkan notis atau surat kepada pemilik haiwan tersebut supaya haiwannya tidak lagi mengganggu ketenteraman jirannya. Individu tersebut juga boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi  RM1,000, atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Malahan, jika urusan ‘kacau ganggu’ ini terpaksa dilakukan oleh pihak PBT, individu tersebut perlu menanggung segala ganti rugi yang berlaku.

P.S: nak pelihara haiwan boleh je tapi jangan sampai menganggu jiran sebelah. Kena rajin sediakan tempat buang najis, elakkan najis bersepah dan merata-rata terutama di kawasan rumah jiran. Faham ke faham?

Sumber: Nextepisode Channel

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!