About Me

COVID-19: Saringan bersasar punca peningkatan kes positif di Kedah - Menteri Besar



ALOR SETAR: Peningkatan kes harian COVID-19 di negeri Kedah sejak beberapa minggu lalu adalah disebabkan pelaksanaan saringan bersasar yang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah di kawasan berisiko khususnya lokaliti penularan kluster-kluster baharu.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, usaha yang dilakukan JKN Kedah itu adalah bagi mengenal pasti individu yang dijangkiti COVID-19 selain mengelakkan penularan dalam kalangan komuniti setempat.

Tambah beliau, berdasarkan kekuatan dan kemampuan yang dimiliki JKN Kedah, saringan secara menyeluruh kepada keseluruhan rakyat di negeri Jelapang Padi itu tidak dapat dilaksanakan.

Sebaliknya, fokus jabatan berkenaan ditumpukan kepada pelaksanaan saringan COVID-19 di beberapa lokaliti berisiko.

"Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Dr Mohd Fikri Ujang), memaklumkan kepada saya, (memang) dibuat saringan bersasar di kawasan target (tumpuan) sebab itu (kes) nampak tinggi, macam di Pasar Besar (Alor Setar), (dilakukan) saringan bersasar sebab itu nampak angka makin tinggi.

"JKN Kedah pergi cari tempat yang berisiko macam contohnya Pasar Besar, (kerana sebelum itu) ada (aduan) mengenai kekurangan dari segi SOP (prosedur operasi standard), Pengarah Kesihatan Kedah kata memang cari tempat target (jadi kes akan bertambah) tapi itulah caranya, kalau pergi cari tempat tidak berisiko memang tidak ada kes, cari tempat (berisiko), banyak ada (kes positif)," kata beliau.

Sanusi berkata demikian kepada wartawan selepas melakukan tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Suka Menanti, di sini pada Ahad.

Dalam perkembangan sama, beliau menzahirkan harapan agar lebih 80 peratus individu yang layak menerima vaksin dalam kalangan penduduk di Kedah dapat disuntik menjelang hujung tahun ini dalam mewujudkan imuniti berkelompok atau herd imunity.

Sehubungan itu, pihak JKN Kedah, akan melaksanakan kerjasama dengan institusi kesihatan swasta di negeri itu, bagi memastikan proses suntikan vaksin dilaksanakan dengan kadar segera selain, lokasi penerimaan vaksin berada di kawasan berdekatan dengan penempatan masing-masing.

Pada Rabu, Dr Mohd Fikri berkata, 10,827 daripada 30,100 individu yang diberi janji temu melalui aplikasi MySejahtera di negeri Kedah tidak hadir menerima suntikan bermula 19 April hingga 23 Mei.

Menurutnya, jumlah berkenaan membabitkan individu yang sepatutnya menerima suntikan di PPV awam dan PPV Klinik Kesihatan seluruh negeri.

Beliau berkata, antara punca mereka tidak hadir ialah bertukar fikiran kerana belum bersedia untuk menerima suntikan vaksin berkenaan.

- Awani 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!