About Me

Cabul adik perempuan, pekerja kilang didenda RM5,000


KUALA LUMPUR: Akibat mencabul adik perempuannya di sebuah rumah, seorang pekerja kilang hari ini didenda RM5,000 atau dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali menjatuhkan hukuman tersebut ke atas lelaki berumur 26 tahun itu selepas dia mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah terhadap adiknya yang berusia 24 tahun dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di sebuah rumah di Sungai Besi di sini pada 6.30 pagi, 4 Mei lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Jess Lynn memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.

Peguam Muhammad Amin Abdullah yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan dia juga penanggung tunggal keluarga.


-- BERNAMA

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!