About Me

Buat ‘total lockdown’ elak PKP jadi terlalu lama – pendakwah

KERAJAAN harus melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi mengelakkan jangkitan kes Covid-19 menjadi lebih parah.

Pendakwah, Ahmad Husam Baderudin berkata, melihat kepada catatan kes harian yang semakin meningkat, adakah rakyat perlu menghadapi pelaksanaan PKP yang sama berkali-kali.

Menurutnya, kerajaan perlu menyelami kesengsaraan rakyat yang terpaksa meneruskan hidup dan membayar bil-bil utiliti walaupun pendapatan terjejas dengan pelaksanaan PKP terlalu lama.

Malah, beliau juga bersimpati dengan petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus berkhidmat dalam memerangi virus Covid-19.

Beliau berkata, beberapa pendekatan boleh diambil kerajaan termasuk gaji dan elaun kesemua ahli politik dipulangkan kepada rakyat selama tempoh PKP.

“Rakyat yang mengundi kalian untuk jawatan tersebut, apa kata kali ini kalian tunjuk sedikit pengorbanan untuk rakyat di saat rakyat susah? (3-4 bulan sahaja).

“Bank, Astro, syarikat telekomunikasi, TNB, air, menangguhkan bayaran selama PKP (3-4 Bulan Sahaja).

“Pusat zakat Dan NGO-NGO berganding bahu mengeluarkan dana untuk mengedarkan bantuan makanan kepada seluruh rakyat yang memerlukan dan diedar mengikut mukim/kampung. Sukarelawan NGO-NGO akan membantu,” katanya dalam hantaran Facebook.

Ahmad Husam berkata, jika bantuan seperti itu disediakan maka rakyat boleh duduk di rumah seperti yang disarankan kerajaan tanpa memikirkan keadaan ekonomi semasa keluarga.

“Bila rakyat perlu duduk dirumah, hutang tak perlu fikir, makan dan minum dihantar Insha Allah saya rasa akan berjaya.. kita lakukan yang terbaik dan habis-habisan kali ini,” ujarnya.

Semalam, Malaysia merekodkan 6,075 jangkitan baharu sekaligus menjadikan ia jumlah kes harian Covid-19 tertinggi dicatatkan setakat ini.

Negeri Selangor mencatatkan kes tertinggi 2,251 kes.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata, negeri itu tidak menolak ataupun menghalang PKP secara menyeluruh susulan penularan Covid-19 yang semakin serius, namun meminta pertimbangan secara holistik dalam beberapa aspek.

 – Malaysiapost

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!