About Me

Bayi enam bulan meninggal dunia di pusat asuhan


GEORGE TOWN: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan disahkan meninggal dunia ketika berada di bawah jagaan pengasuhnya di sebuah taska di Bukit Gedung, Bayan Baru dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada doktor di Klinik Kesihatan Bayan Baru pada 10.43 pagi.

Katanya menurut laporan itu, bayi tersebut dibawa ke klinik berkenaan dalam keadaan pucat dan tidak sedarkan diri oleh seorang wanita berusia 65 tahun yang merupakan pengusaha taska tersebut.

Anbalagan berkata doktor bertugas memberikan bantuan pernafasan kepada bayi berkenaan namun tiada respons sebelum disahkan meninggal dunia.

Siasatan awal mendapati kejadian disedari oleh seorang pengasuh berusia 20 tahun yang sebelum itu meninggalkan mangsa selama setengah jam untuk ke tandas, selepas menidurkan bayi berkenaan pada kira-kira 8 pagi, katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya pengusaha taska mengesahkan bayi itu yang dihantar ke pusat jagaannya sejak tiga bulan lalu berada dalam keadaan baik ketika dihantar oleh ibu bapanya pada 6.30 pagi cuma menangis tidak seperti kebiasaan.

"Hasil keputusan bedah siasat yang dijalankan ke atas bayi itu pagi ini mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan intracranial haemorrhage consistent with recent fall dan tiada sebarang unsur-unsur jenayah yang berlaku," katanya.

Beliau berkata buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

-- BERNAMA

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!