About Me

Bakar kereta kerana cemburu


KUCHING: Seorang wanita warga China ditahan bagi membantu siasatan kes khianat membabitkan sebuah kereta yang musnah terbakar di Jalan Song Thian Cheok, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, berkata wanita berusia 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Padungan, kira-kira jam 2 pagi.

Beliau berkata, kes dipercayai berpunca akibat cemburu dan siasatan lanjut kini dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

"Wanita ini ditahan hasil maklumat diperoleh pasukan khas yang diketuai Ketua Polis Daerah Padungan dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.46 pagi.

Beliau berkata, tujuh anggota dengan sebuah jentera dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setiba di lokasi kejadian, didapati sebuah kenderaan Proton Exora sedang terbakar di kawasan parkir sebuah bangunan kedai.

"Pasukan bomba membuat pemadaman menggunakan salur bantu mula dari jentera sehingga kebakaran padam sepenuhnya. Tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian ini," katanya.

- Berita Harian 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!