About Me

'Alhamdulillah, terima kasih Azmeer' - Azhar


Kuala Lumpur: "Saya nak sangat belajar mengaji dan tak kisah kalau kena pergi ke Kedah atau mana-mana."

Demikian rasa syukur yang diluahkan legenda bola sepak negara dan Selangor, Azhar Sharif selepas ditawarkan oleh bekas pemain Kedah, Azmeer Yusof untuk tinggal dan belajar agama di pusat pengajian Islam miliknya di Kedah.

Jelas Azhar, dia sanggup menerima tawaran berkenaan dan bersedia membuka lembaran baharu dalam hidupnya terutama dalam mengejar saham akhirat buat dirinya.

"Saya tak kisah untuk ke mana-mana asalkan dapat mengaji dan belajar agama sebab itu yang saya nak sekarang.

"Terima kasih dan Alhamdulillah kepada Azmeer kerana sudi menawarkan tempat belajar dan rumah buat saya nanti. Cuma saya nak kena bincang dan nak cari orang yang boleh bawa saya ke sana," katanya kepada Arena Metro.

Dalam pada itu, Arena Metro terus mendapatkan maklum balas Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) dan Pengerusinya, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed mengesahkan sedia menghantar Azhar ke Kedah jika itu yang dimahukan bekas pemain Selangor dan Harimau Malaya era 1980-an itu.

"Boleh dan 'no problem'. Kita boleh sediakan kenderaan dan surat rentas negeri buat Azhar nanti. Saya akan bantu dia kalau dia nak pergi ke tempat Azmeer itu," kata Noorul.

Sebelum ini, menerusi laporan bersiri sejak Isnin lalu, Arena Metro melaporkan kehidupan daif Azhar yang kini hidup menumpang di sebuah rumah usang di dalam hutan simpan di Hulu Klang, Selangor dan mengakui kadangkala hanya makan ubi kayu untuk meneruskan kehidupannya.

Azhar, 56, yang seangkatan dengan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari adalah antara tonggak utama Selangor pada era pertengahan 1980-an yang pernah menjulang Piala Malaysia pada 1984 dan 1986.

Malah, dia juga pernah beberapa kali menyarung jersi Harimau Malaya dengan memori paling manis berjaya membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka pada tahun 1986.

Dia mengakui mahu keluar daripada rumah usang itu dan berhasrat mencari ilmu agama untuk bekalan akhirat kelak serta mendapat kehidupan lebih sempurna.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!